Monday 3 February 2014

Vitamin untuk Subur


Dapatkan vitamin kesuburan anda

Assalamualaikum w.b.t.. Kawan-kawan tengah berusaha untuk mendapat cahaya mata? Anak adalah anugerah dan tanggungjawab yang diberi oleh Allah. Anak merupakan permata yang tidak ternilai dalam sebuah perkahwinan. Tidak semua pasangan akan mudah mendapat zuriat. Ada yang menunggu bertahun-tahun untuk mendapatkan zuriat. Bermacam-macam cara digunakan untuk meningkatkan kesuburan samada bagi suami mahupun si isteri. 

"Ala.... takde rezeki lagi la tu~~" Memang senang bercakap tentang rezeki. Tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Siapa yang tidak sunyi kalau tidak ada anak bukan? Tak apa... Masih ada jalan. Ini bukan 'DEAD END' atau jalan mati untuk anda. Banyakkanlah berdoa dan memohon pertolongan dariNya. InsyaAllah.. lambat atau cepat permintaan kita pasti ditunaikan asalkan jangan putus berusaha...

Faktor sukar mendapat cahaya mata

  • Kitaran haid yang tidak menentu
  • Wanita yang mengalami haid terlalu lama dan mengalami senggugut
  • Berat badan yang berlebihan

Punca berlakunya ketidaksuburan

  • Kegagalan berovulasi. Kegagalan fungsi badan untuk menghasilkan telur (ovum) disebabkan oleh ketidakstabilan hormon
  • Terdapat halangan dari ovum dari ovari untuk bergerak ke uterus
  • Penyakit kelamin
  • Penyakit berkaitan pelvik
  • Merokok
  • Pengambilan kafein yang berlebihan
  • Terlalu kurus atau gemuk
  • Faktor usia
Untuk mengetahui punca berlakunya ketidaksuburan dengan lebih mendalam, klik Punca dan Tips untuk Hamil

Entri kali ni Soffi akan mencadangkan vitamin-vitamin yang sesuai untuk kesuburan Shaklee. Jom lihat!!

Mengapa Set Kesuburan Shaklee?

  • Set ini boleh memperbaiki kebolehan seksual lelaki. Juga meningkatkan nafsu seks
  • Membantu mengimbangi hormon wanita
  • Memberi kesihatan sistem reproduktif. Ini penting untuk pembentukan janin ketika hamil
  • Meningkatkan kiraan sperma
  • Memanjangkan jangka hayat sperma apabila dilepaskan
  • Meningkatkan mobiliti sperma dan menghalang sperma dari bergumpal
  • Menambahkan hormon estrogen bagi isteri dan testosterone bagi suami
  • Kehidupan atas katil akan lebih mesra

Bagaimana Set Kesuburan Shaklee Dapat Membantu untuk Hamil?

Set ini mengandungi multivitamin dan multimineral yang berasaskan bahan semulajadi. Menurut kajian Harvard Medical School, tahap kesuburan dapat ditingkatkan dengan mengambil multivitamin dan multimineral. 

Berdasarkan pengalaman dari mereka yang mengalami masalah ni, mereka menyarankan agar suami isteri berjumpa dengan doktor dan menjalankan pemeriksaan untuk mengetahui anda atau pasangan mengalami masalah kesuburan. Hal ini juga disahkan oleh Pakar Oncology Malaysia, Dr. Hamid Arsyad melalui akaun Facebooknya beliau:

Set Kesuburan Shaklee


ESP (Energizing Soy Protein)


  • Protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi dalam pembentukan sel. 
  • Protein adalah makanan asas kepada sel yang sihat akan memudahkan proses persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. 
  • Sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan secara semulajadi dan rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. 

Vita-Lea


  • Mengandungi 28 vitamin dan mineral
  • Membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh luar dan dalam
  • Menjadikan sistem badan berfungsi dengan lengkap

Vitamin C


  • Membekalkan 500mg vitamin C dalam satu tablet. 
  • Vitamin C Shaklee adalah bersifat 'sustained release' yang mana vitamin C akan dilepasan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama didalam tubuh badan. 
  • Vitamin C bertindak sebagai antioksidan sama seperti vitamin E yang menghapuskan radikal bebas dalam tubuh badan
  • Menghalang sperma dari bergumpal
  • Menjadikan salur darah lembut, mengembang dan membantu mengalirkan lebih banyak darah (terutama untuk mereka yang mengalami masalah mati pucuk)

B-Complex


  • Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg) B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). 
  • Mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta risiko kecacatan janin dan tiub neural serta spina bifida (pembentukan tulang belakang tidak sempurna)
  • Bagi suami, B complex penting untuk menjana tenaga
  • Sebagai bahan anti-stress. Suami isteri akan lebih menikmati masa bersama

Alfalfa Complex


  • Mengurangkan berasa 'sakit ketika bersama'
  • Membantu mengatasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teruatur dan senggugut, kegatalan, sakit pinggang tatkala haid dan turut membantu dalam hubungan suami isteri
  • Ada juga sesetengah sumber mengatakan alfalfa boleh membantu dalam masalah PCOS
  • Bertindak seperti kacip fatimah

GLA


  • Gamma Linolenic Acid (GLA) adalah sejenis asid lemak Omega 6. 
  • Menstabilkan hormon dan menjadi haid lebih teratur. Seperti kita sedia maklum, haid yang teratur membolehkan kita untuk mengira waktu subur yang sesuai untuk persenyawaan. 
  • GLA berperanan memastikan cecair mukus didalam serviks mencukupi dimana ia memudahkan pergerakan sperma ke uterus seterusnya ke tiub fallopio dimana ovum dan sperma disenyawakan. Cecair mukus yang berkualiti juga mampu untuk memastikan sperma hidup di dalam tiub fallopio selama 5 hari.
  • Membantu mengecutkan cyst (jika ada)

Zinc Complex


  • Zink digunakan oleh wanita untuk melindungi sperma 
  • Melawan bakteria di dalam vagina. 
  • Meningkatkan kualiti sperma
  • Menambahkan kekuatan dan kepekatan sperma
  • Meransang pembentukan hormon testosterone 


Vitamin E

  • Meningkatkan kualiti sperma
  • Menambahkan kiraan atau bilangan sperma
  • Meningkatkan kesihatan reproduktif lelaki
  • Membantu melahirkan rasa 'bersemangat' bersama pasangan


Suami boleh membuat pemeriksaan untuk mengetahui kualiti dan kuantiti sperma yang dihasilkan itu baik atau tidak. Bagi wanita pula disarankan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan ovari dan ovum. Sekiranya kedua-dua suami isteri sudah mengetahui puncanya, jadi masalah boleh diselesaikan dengan mudah. Anda tidak boleh mengantung kepada mengmbilan multivitamin semata-mata sebagai usaha tunggal untuk mendapatkan anak. Ada beberapa tips yang perlu diamalkan untuk seperti yang  disebutkan dalam entri yang Tips Mudah Hamil

PERINGATAN!!
Vitamin dari Shaklee adalah sebagai salah satu usaha sahaja. Shaklee bukanlah sejenis ubat untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Semua penyakit datangnya dari Allah.. Hanya Allah sahaja mampu menyembuhkan jika diizinkanNya. Kita sebagai manusia hanya mampu berikhtiar dan berdoa kepadanya...

Hubungi saya untuk konsultasi percuma dan harga yang istimewa. Tips ekslusif dan cara pemakanan yang betul akan diberikan kepada mereka yang membeli dengan saya sahaja. Jom kita lihat testimoni-testimoni mereka yang telah berjaya... 








Tenkiu,
Soffi Bizshop
Shaklee ID : 1104714
Call/SMS : 0145313886
www.facebook.com/soffibizshop
http://soffibizshop.blogspot.com/

No comments: