Monday 3 February 2014

Sukar Hamil - Punca dan Tips Mudah Hamil


Salah satu perkara yang paling ditakuti dalam sebuah perkahwinan adalah kemandulan atau erti kata lain tidak subur. Setiap pasangan yang sudah berkahwin tetapi masih belum dikurniakan anak, pasti kesunyian tanpa suara anak-anak sebagai penyeri rumah tangga. Bagi lelaki, tidak subur disebabkan oleh tertanggunya sistem pengeluaran sperma, tetapi bagi wanita, masalah ketidaksuburan ini adalah lebih kompleks.

Hampir 1 dalam 10 pasangan menghadapi masalah ketidaksuburan. Pelbagai cara telah dilakukan dan banyak wang telah dhabiskan semata-mata dihabiskan untuk mendapat cahaya mata. Faktor umum bagi seseorang wanita sukar hamil adalah disebabkan oleh gangguan keseimbangan hormon. Gangguan ini mungkin mengganggu dan mengurangkan peluang untuk hamil.Berikut merupakan antara punca yang mungkin menyebabkan wanita sukar untuk hamil.

Gangguan Ovulasi
Kitaran haid yang tidak normal menyebabkan satu masalah walaupun terdapat sedikit perubahan seperti lewat datang bulan. Walaupun keadaan ini kelihatan normal, tetapi masalah ini akan mengganggu proses ovulasi. Dalam kebanyakan kes, hal ini terjadi disebabkan oleh badan tidak boleh menghasilkan hormon pada masa yang tepat.

Gangguan Tiub Fallopio
Hal ini berlaku apabila terjadinya kerosakan pada tiub fallopio yang boleh menghalang pertemuan dan persenyawaan antara sperma dan ovum. Antara sebab lain terjadinya masalah ini kerana terdapat keradangan pada tiub fallopio, pernah mengalami kehamilan luar rahim, parut yang disebabkan oleh pembedahan dan pertumbuhan spontan sel-sel lapisan rahim di luar rahim (endometriosis)

Endometriosis
Berlakunya endometriosis apabila sel-sel yang biasanya berada di ruang rahim tetapi berada di bahagian luar rahim. Seperti tiub fallopio, ovari atau pundi kencing.

Perubahan Uterus atau Serviks 
Jika berlaku keradangan, bekas parut atau tersumbat pada serviks, sperma tidak dapat memasuki ruang rahim. Walaupun terdapat satu fibroid atau ketumbuhan pada rahim, ini akan menjadi punca kepada ketidaksuburan yang berlanjutan.

Kecacatan Sistem Reproduksi
Kecacatan ini digambarkan melalui perubahan dari segi saiz rahim, tiub fallopio ataupun vagina. Tetapi kes sepeti ini jarang berlaku.

Polycystic Ovarian Sindrom (PCOS) 
PCOS terjadi apabila terdapat cyst yang berganda didalam ovari. Gangguan yang kebanyakannya dikaitkan dengan tahap horman lelaki yang tinggi yang telah mengganggu ovulasi.

Sistem Imunisasi Terganggu
Kes seperti jarang berlaku, apabila sistem imunisasi pada badan kita terganggu, badan kita akan memberi isyarat bahawa sperma atau ovum sebagai benda asing. Jadi, badan kita akan mengganggap ia sebagai penceroboh dan menghapuskannya.

Faktor Usia
Semakin umur meningkat, peratusan untuk hamil juga adalah semakin tipis. Ini merupakan faktor utama melibatkan wanita. Tetapi terdapat juga wanita yang melebihi 35 tahun masih mampu untuk hamil dan mendapat cahaya mata yang sihat.

Kehadiran Lendir pada Permukaan Rahim
Lendir pada dinding rahim berfungsi sebagai medium pergerakan bagi sperma untuk bergerak mencari ovum. Tetapi apabila lendir tersebut terlalu pekat, ia akan menyebabkan pergerakan sperma terlampau laju. Jika terlalu berasid, ia akan mematikan sperma tersebut.

Berat Badan yang Tidak Seimbang
Masalah berat badan akan mengganggu kesuburan seseorang wanita. Seorang wanita memerlukan 17% lemak pada awal haid dan 22% lemak sepanjang kitaran haid. Lemak dalam badan mengandung enzim aromatase yang diperlukan untuk mengeluarkan hormon estrogen. Jika lemak tidak cukup atau berlebihan, ini akan memberi masalah dan mengganggu kesuburan anda.

Stress
Gaya hidup masa kini yang sibuk akan memberi tekanan kepada wanita terutamanya yang berkerjaya. Stress akan menganggu waktu ovulasi anda.







"Tetapi masalah sukar hamil bukan berpunca pada wanita sahaja.. Lelaki pun sama"
 Terdapat fakta yang menunjukkan bahawa 40% masalah ketidaksuburan berlaku pada wanita, 40% pada lelaki dan selebihnya pada kedua-duanya. Peratusan yang sama memberi makna bahawa masalh tidak subur juga berlaku pada lelaki.

Proses pembiakan lelaki bermula dari dalam tubuh yang dipanggil pra-testis, seterusnya ke testis (buah zakar) dan kemudiannya ke zakar (pasca testis). Masalah tidak subur ini boleh berlaku dimana-mana sahaja antara ketiga-tiga bahagian ini. Antara masalah bagi lelaki adalah:-

Penyakit berkaitan dengan hipotalamus
Kelainan fizikal yang berlaku pada testis yang menyebabkan testis tidak mampu mengeluarkan sperma yang bagus

Penyakit yang berkaitan dengan kelenjar bawah otak
-hyperprolactinemia (terdapat sedikit tumor yang menyebabkan gangguan pada organ pembiakan)
-hemachromatosis (penyakit keturunan akibat pertumbuhan zat besi yang berlebihan pada rangkaian tubuh)
-lebihan glucocorticoid (akibat penggunaan prednisone)

Kelainan Kromosom
Pesakit yang menghidapi penyakit azoospermic (sperma kurang lincah) dan oligospermia (kekurangan sperma dalam air mani) merupakan golongan yang mempunyai peratusan yang besar untuk mengalami gangguan kromosom

Sindrom Klinefelter
Penyakit genetik berpunca daripada kromosom X yang berlebihan. Masalah ini berlaku pada 1 daripada 500 lelaki.

Myotonic Dystrophy
Lemah pada buah zakar

Sindrom Lemah Testis
Kekurangan testosteron. Ketika lahir, bayi lelaki tersebut mempunyai buah zakar yang tenggelam. Apabila dewasa, penderita sindrom ini akan mengalami ketidakmatangan seksual kerana tiada androgen dalam testis.

Sindrom Sel Sertoli 
Kelainan seperti ketiadaan sel pembentuk embrio.

Gagal buah pinggang
Penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang akan menyebabkan berkurangnya libido. Ini akan mengakibatkan buah zakar menjadi lemah, mati pucuk dan gynecomastia (pembesaran buah dada)


Tabiat buruk yang menyebabkan lelaki mandul. Klik SINI.










Disini dikongsikan beberapa tips untuk cepat hamil. Tips-tips ini telah diuji dan boleh digunakan serta dipertimbangkan:-

Banyak Berdoa
Lengkapkan usaha kita dengan banyak berdoa, agar diberkati dan dimakbulkan oleh-Nya. Manusia hanya mampu merancang, tetapi Allah S.A.W yang menentukan. Kuasa doa amat kuat. Ia penghubung antara kita manusia dan Tuhan. Jadi, yakin dan berdoalah..

Periksa Keadaan Tubuh Badan
Kedua-dua suami isteri perlu melakukan pemeriksaaan kesihatan untuk mengetahui tahap kesuburan anda. Hal ini penting kerana hasil daripada pemeriksaan doktor, setiap pasangan dapat mengetahui keadaan tubuh badan masing-masing jika berlaku kelainan atau halangan pada sistem pembiakan masing-masing. Sekiranya disahkan kedua-duanya sihat, mungkin tips seterusnya dapat membantu anda untuk cepat hamil.

Menggayakan Hidup Sihat
Jika suami anda adalah seorang perokok.. Adalah dinasihatkan supaya menghentikan tabiat merokok. Sama juga dengan mengambilan alkohol. Tabiat minum alkohol dapat mengurangkan hampir 50% peluang untuk hamil. Pastikan berat badan anda sesuai (tidak kurang atau lebih) kerana ia akan menyukarkan proses persenyawaan dan seterusnya menimbulkan masalah jika hamil. Rajinlah bersukan dan mengambil makanan yang berkhasiat.

Mengetahui Waktu Subur Anda
Masa subur boleh dinilai melalui Luteinizing Hormone (LH). Kehadiran hormon ini amat ketara disaat sebelum terjadinya ovulasi (pelepasan sel telur). Kenaikan LH akan menolak sel telur keluar dari ovari ke tiub fallopio. Proses persenyawaan akan berlaku di tiub fallopio. Jadi penting untuk si isteri untuk mengira waktu subur anda supaya peluang untuk hamil tinggi ketika waktu subur.

Gunakan Posisi yang Betul ketika Berhubungan
Ramai pakar berpendapat bahawa kedudukan lelaki di atas saat berhubungan akan memberi peluang yang besar untuk hamil. Dengan meletakkan bantal dibawah pinggul akan lebih berkesan kerana serviks akan mampu menampung lebih banyak sperma. Usahakan supaya selepas ejaulasi, wanita kekal dalam keadaan berbaring selama 10-20 minit kerana dikhuatiri cecair simen akan mengalir keluar dan menyebabkan sperma mati.

Mengambil Supplemen atau Vitamin
Pengambilan vitamin yang mengandungi zat-zat seperti vitamin C boleh meningkatkan kualiti sperma. Vitamin D atau vitamin E dapat meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita. Wanita yang mengambil asid folik mempunyai peluang hamil yang lebih baik berbanding dengan wanita yang tidak mengambilnya. Asid folik ini penting untuk pembentukan otak janin kelak.

Disini disediakan Set Kesuburan Shaklee untuk Suami dan Isteri. Sila klik SINI




Source: http://health.mylaunchpad.com.my , http://ciricara.com , http://www.mommeworld.com

Tenkiu,
Soffi Bizshop
Shaklee ID : 1104714
Call/SMS : 0145313886
www.facebook.com/soffibizshop
http://soffibizshop.blogspot.com/

No comments: