Friday 28 February 2014

Testimoni Set Slimming Shaklee

Alhamdulillah, seorang demi seorang memberi feedback yang positif yang berjaya menurunkan berat badan hanya dengan mengambil set sliming Shaklee.. Set ini khas untuk orang yang serius nak menguruskan berat badan. HANYA UNTUK YANG SERIUS SAHAJA!! Sebabnye... orang yang betul-betul nak saje yang dapat apa yang diinginkan.

Sebelum itu... Apa yang ada dalam Set Slimming Shaklee ni?

Saya hanya mencadangkan pilihan supplemen yang dapat membantu anda, selebihnya terpulang kepada anda untuk membuat pilihan

Set Slimming Shaklee terdiri daripada 3 komponen utama iaitu"
  1. Lecithin/Omega Guard
  2. Cinch
  3. Detox - Alfalfa/Herblax
Untuk si ibu yang menyusu dan selamat untuk si bayi, disyorkan untuk mengambil komponen dibawah:
  1. Lecithin/Omega Guard
  2. ESP/Mealshake
  3. Alfalfa


1) Herblax

Pembersihan usus - mengandungi 9 herba semulajadi yang menggalakkan pembersihan yang lembut. Sangat membantu semasa proses menurunkan berat badan. Jika pergerakan usus lancar, tidak ada makanan yang asyik tersekat dan melekat pada dinding usus, sebaliknya nutrien diserap dengan baik untuk kegunaan fungsi tubuh. Usah bimbang untuk penggunaan jangka masa yang panjang kerana ianya diuji secara klinikal dan diyakini selamat dan terjamin. Selain itu, masalah sembelit, perut buncit dan masalah jerawat yang teruk dapat dibantu dengan herblax.


2) Lecithin

Pengemulsi lemak - ianya sangat istimewa kerana mampu memecahkan lemak yang terkumpul di dalam badan. Ini kerana, lecithin yang diekstrak dari kacang soya organik ini larut lemak dan membantu penyerapan vitamin A,D,E dan K yang larut lemak. Lecithin Shaklee juga bertindak sebagai 'pembersih' salur darah dan menurunkan paras kolestrol. Risiko salur darah yang tersumbat dan serangan jantung dapat diturunkan. Selain itu, pengambilan lecithin yang banyak dapat membantu pembakaran lemak.

3) Cinch Shake Mix

Mengimbangi nutrien dan mengandungi leucine. Apa itu leucine? Leucine dapat mengekalkan otot semasa penurunan berat badan. Kandungan protein, multivitamin dan serap dapat membina otot dan dapat meningkatkan metabolisma badan dan membakar kalori. Kandungan serat yang tinggi membolehkan menahan kelaparan yang mana membantu mengurangkan pengambilan makanan.

4) Alfalfa

Melancarkan proses pelawasan - Alfalfa adalah serat yang tinggi. Sifatnya yang beralkali dan membantu menghilangkan toksin dari badan. Selain itu, ia membantu 'membuang' air besar bagi yang jarang-jarang. Kajian klinikal membuktikan penggunaan alfalfa untuk jangka masa yang panjang menghapuskan lemak dan mengurangkan kolestrol. Alfalfa berasal daripada tumbuhan yang mengandungi saponin yang bertindak sepeti span yang menyerap kolestrol dan sangat membantu untuk menurunkan berat badan.

Hasil yang superb dan berkesan setiap testimoni!!! Tak cuba kita tak tahu keberkesanannya. Yang penting produk ini bukan UBAT KURUS.. Ulang sekali lagi ea BUKAN UBAT KURUS!! tetapi supplemeny harian yang membantu mencukupkan keperluan harian disamping membantu menurunkan berat badan. Jadi, tak perlu risau ya!

Budget?? Anda tak perlu risau. Bagitaw budget anda, saya akan consult anda mengikut yang terbaik dan keperluan. Jadi, cepat hubungi saya. Rugi lepaskan peluang ni!!!



















Pertanyaan, konsultasi atau order boleh email ke admin norhafizahothman6@gmail.com dan SMS ke 014-5313886. Boleh juga membuat pertanyaan di laman facebook page kami Soffi Bizshop. Jangan lupa like page kami Soffi Bizshop untuk mendapat tip kesihatan dan promosi dari Shaklee.




Salam sayang,
SID : 1104714
Fizah - 0145313886
FB Page : Soffi Bizshop



Wednesday 26 February 2014

Superb Giveaway by Miss 1826


Jemput join ramai-ramai!!



klik banner untuk join 

Antara hadiah yang menarik:

dress | baju kurung fishtail | tudung | baju | bracelet | barangan blog | topup | handmade craft | 
review bog | bloglist

dan pelbagai lagi hadiah.

mencari lebih 70 orang pemenang!!

Link share page NFH Boutique Gallery (wajib letak): 


Link share page KPOP SHOPP (wajib letak): 



GA ini turut disponsor oleh:

NFH Boutique 


Butik Sofeafiqa



dan 

Red Cherry House




Wednesday 19 February 2014

Jom Kenali Zinc

Sebenarnya tidak ramai yang tahu akan kelebihan dan kebaikan ZINC. Hari ini saya ingin share dengan anda tentang kebaikan ZINC COMPLEX SHAKLEE



Apa itu ZINC?
Zinc adalah nutrien yang diperlukan untuk kekal sihat. Zinc didapati dalam sel-sel di seluruh badan. Ia membantu sistem imun untuk melawan serta menyerang bakteria dan virus. Badan juga memerlukan zink untuk membuat protein dan DNA, bahan genetik dalam semua sel-sel. Semasa mengandung, bayi, kanak-kanak memerlukan zinc untuk membesar dan berkembang dengan betul. Zinc juga membantu luka cepat sembuh. Zinc juga penting untuk deria rasa dan bau.

Kenapa kita perlu cukupkan keperluan zinc harian? Saya yakin kawan-kawan semua pentingkan kesihatan, sebab tu datang ke sini untuk belajar kan? Tahniah, you are awesome!! Lebih bagus jaga kesihatan masa muda ni. Hehe.. Bila usia dah lanjut, macam-macam masalah dah keluar.

Ramai juga yang tak perasan kepentingan zink untuk kesihatan sperma dan kesuburan. Angkat tangan siapa yang tak tahu??? Jadi bagaimana cara untuk mendapatkan zinc ni? Badan kita tidak menghasilkan zinc. Jadi kita kena dapatkan zinc dari sumber makanan atau daripada makanan tambahan. Jom sama-sama kita tengok apa manfaatnya.



Siapa perlukan ZINC COMPLEX

  • Lelaki dan wanita (dari bayi sampai ke tua)
  • Wanita mengandung dan menyusu
  • Orang yang mempunyai pembedahan, gastrousus seperti pembedahan berat badan, atau yang mempunyai gangguan pencernaan, seperti ulser, kolitis atau penyakit Crohn. Syarat-syarat ini keduanya boleh mengurangkan jumlah zink yang diserap oleh badan dan meningkatkan jumlah kehilangan zinc dalam zir kencing
  • Vegetarian kerana mereka tidak makan daging, yang merupakan salah satu sumber zinc yang baik. Juga, kacang dan bijirin, kacang dan bijirin mempunyai sebatian yang menghalang zink daripada diserap sepenuhnya oleh badan. Atas sebab ini, vegetarian mungkin perlu mengambil zink sebanyak 50% lebih daripada jumlah yang disyorkan.
  • Bayi yang menyusu lama kerana susu ibu tidak mempunyai zinc yang cukup untuk bayi yang lebih dari 6 bulan, Makanan yang mempunyai zinc seperti daging puri adalah disarankan.
  • Alcoholics kerana minuman beralkohol mengurangkan jumlah penyerapan zink
  • Orang yang mempunyai penyakit sel sabit


Kebaikan ZINC COMPLEX
  • Meningkatkan sistem imun dan daya tahan penyakit - membantu pengeluaran kelenjar thymus yang mengeluarkan T-cells untuk menentang cancer dan menghalang infection penyakit
  • Diabetes - membantu pengeluaran insulin dan mengekalkan fungsi insulin
  • Kelenjar prostat - pengambilan zinc dapat mengurangkan pembengkakan prostat sebanyak 70%
  • Ovulasi wanita - wanita memerlukan zinc untuk ovulasi semasa subur. Zinc hanya membantu pengucupan uterus dan membantu mengembalikan daya ketahanannya
  • Memperbaiki radang kulit - pengambilan zinc dapat membantu memperbaiki radang kulit seperti akne dan jerawat
  • Jerawat - zinc bertindak dengan mengawal selia jumlah testosteron dalam badan yang memainkan peranan dominan dalam menyebabkan jerawat. Zinc juga menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat
  • Menyumbang pemulihan kelesuan kronik
  • Mengekalkan deria bau - mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitif
  • Kemampuan seks lelaki - zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga dan meningkatkan kiraan sperma
  • Gugur rambut / botak - zinc mengaktifkan 200 jenis enzim dan merangsang regenerasi sel. Ini dapat memelihara pertumbuhan dan perkembangan sel
  • Membentuk kolagen - zinc membantu perbentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kuku, organ dan kulit yang anjal 
  • Penyembuhan luka yang cepat - zinc mempercepatkan pemulihan luka luar dan dalam serta memperbaiki allergi
  • Rabun malam
  • Ingatan yang lebih baik


Zinc / Zinc Complex adalah suatu khazanah lelaki


Zinc didalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda dari organ lain. Zinc memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Kekurangan zinc yang serius akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, impoten, perkembangan yang kecil atau pincang pada testikel, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual, penuaan pra-matang dan gugur rambut. Oleh yang demikian, zinc amat diperlukan dari remaja hingga ke warga tua. Boleh baca dengan lebih lanjut di Vitamin Subur



Kesan kekurangan ZINC?

Ia menyebabkan:
  • pertumbuhan perlahan dalam bayi dan kanak-kanak
  • perkembangan seksual lambat di kalangan remaja dan mati pucuk di kalangan lelaki
  • rambut gugur
  • cirit-birit
  • mata dan kulit luka
  • hilang selera makan
  • kehilangan berat badan
  • masalah dengan penyembuhan luka
  • keupayaan untuk rasa makanan
  • tahap kecerdasan yang rendah boleh berlaku
"Ramai yang tidak mengetahui zink perlu diambil dengan cara yang betul. Kalau salah makan zat daripada zink tersebut akan rosak dan hilang begitu sahaja"

Cara makan ZINC COMPLEX
  1. Disarankan agar mengambil zink 1 biji tablet semasa perut kosong. Contohnya selepas bangun tidur, sebelum sarapan, 2 jam sebelum makan tengah hari ataupun 2 jam sebelum dinner.
  2. Kenapa? Zinc tidak sesuai diambil bersama makanan atau minuman bersusu, kalsium pada makanan akan menghalang penyerapan zink yang optimum.
  3. Bijiran daripada roti dan biskut yang mengandungi phytate yang dapat bergabung dengan zink menyebabkanya sukar diserap. Sebab tu zink disarankan diambil ketika perut kosong.
  4. Minuman berkafein dan air bergas/berkarbonat akan mengurangkan kecekapan penyerapan badan. Elakkan pengambilan bersama supplemen lain.





Kenapa ZINC mesti dimakan semasa perut kosong?


Ceritanya mudah, zinc akan kalah dengan zat lain macam kalsium. Contohnya sarapan sandwich, dalam tu ada keju dam minum teh tarik.

Susu dan keju dalam teh tarik dan sandwich mengandungi kalsium. Jika kita makan zinc selepas makan, zink tidak akan diserap dan akan disingkirkan.

Jika kita makn roti dan bijirin lain semasa sarapan, contohnya cornflakes, koko crunch dan roti bijirin penuh/ wholemeal.

Phytates dari makanan berasaskan bijirin mempunyai kebolehan untuk bergabung dengan zink dan sukar diserap badan.

Ini membuatkan zinc yang dimakan terbuang sia-sia saja

Ini kerana, dalam proses pencernaan yang normal. zinc akan dimusnahkan, dikeluarkan dan mengikat dirinya dengan bahan lain.

Semoga bermanfaat ya =)




Tenkiu,
Soffi Bizshop
Shaklee ID : 1104714
Call/SMS : 0145313886
www.facebook.com/soffibizshop
http://soffibizshop.blogspot.com/

Monday 17 February 2014

Resdung - Punca dan Pencegahan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera....

Resdung adalah salah satu penyakit yang sangat memberi masalah kepada rakyat Malaysia. Bercakap mengenai resdung, sebenarnya semua manusia mempunyai masalah resdung. Perkara yang membezakan kita semua adalah tahap resdung yang dihadapi oleh seseorang itu. Ada yang biasa-biasa aje dan ada yang kronik sehingga memerlukan pembedahan. Sebelum meneruskan dengan lebih lanjut, jom kita isi sedikit pengetahuan tentang RESDUNG ini.
"Resdung kalau tidak diatasi boleh membawa maut"


Resdung berlaku apabila terjadinya jangkitan pada rongga hidung sehingga menyebabkan radang pada rongga pernafasan. Keradangan ini akan menghasilkan banyak bendalir dan mukus sehingga mengakibatkan rongga hidung tersumbat. Keadaan ini akan menyebabkan kuman dan bakteria akan menghasilkan nanah dan memenuhi mukus tersebut seterusnya menyebabkan resdung. Sebagai tambahan, resdung juga berpunca dari dari rerambut halus silia di dalam rongga hidung yang gagal melaksanakan tugas untuk melancarkan aliran mukus.

Dalam istilah perubatan, resdung dikenali dengan nama sinusitis. Sinusitis adalah radang yang terjadi pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif. Ramai yang menganggap resdung ini adalah satu perkara yang normal. Tetapi pada hakikatnya, resdung kalau dibiarkan boleh menyebabkan komplikasi sehingga menyebabkan kematian.


Secara kebiasaannya, jika seseorang itu mengidap resdung, mereka akan mudah bersin apabila berada di kawasan yang berhabuk, terutamanya apabila mengemas rumah dan menyapu. Habuk dan debu halus yang masuk kedalam rongga hidung menyebabkan kita akan bersin tanpa henti. Menyusahkan bukan? Simptom-simptom lain yang boleh dilihat adalah seperti:

  • dengkuran yang luar biasa ketika tidur
  • batuk
  • gatal hidung
  • hidung selalu tersumbat
  • lendir pada hidung dan tekak
  • demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
  • cepat letih
  • muka terasa berat dan sakit serta pening pada waktu pagi

Tahukah anda bahawa masalah jerawat juga berpunca dari resdung? Dengan jerawat yang besar-besar bak gunung berapi tu menyebabkan kulit kita hilang serinya. Dengan berlekuk-lekuk disebabkan bekas jerawat yang dulu.

Macam mana resdung ni boleh terjadi?
Sebenarnya, ada banyak faktor yang menyebabkan masalah resdung. Salah satu punyanya ialah apabila kita selalu berada di kawasan yang mengandungi banyak habuk debu halus dalam jangka masa yang lama. Menyelam dalam air yang kotor juga boleh menyumbang kepada masalah resdung.

Alahan juga turut menyumbang kepada masalah ini. Alahan boleh terjadi kepada jenis makanan yang tertentu, parasit dan kutu. Apabila mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak. Setelah daging membengkak, sudah pasti udara yang disedut ketika bernafas sukar untuk keluar. Bila udara tidak dapat keluar, pastinya udara akan berkumpul disitu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan rongga hidung akan semakin membengkak.. Perit bukan?

Resdung juga boleh dikaitkan dengan struktur hidung yang tidak normal, mungkin disebabkan oleh tulang hidung patah atau retak disebabkan kemalangan. Bagi mereka yang mengalami situasi ini, risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.

Komplikasi resdung jika tidak dirawat?
Resdung akan lebih memburukkan keadaan jika tidak dirawat. Antara komplikasi yang bakal dihadapi adalah:-
  • Jangkitan nanah pada kawasan keliliang mata
  • Jangkitan otak (meningitis)
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Memburukkan keadaan lelah
  • Berdengkur yang kronik
  • Jangkitan telinga dan tonsil, terutama kanak-kanak
  • Alahan hidung atau hidung sensitif
  • Selsema yang melarat
Lebih parah lagi kalau resdung itu telah merebak ke bahagian mata. Akibatnya, seseorang itu boleh kehilangan deria penglihatan dan mengjangkiti bahagian otak. Tetapi resdung ini, tidak berjangkit kepada orang lain atau diwarisi dari keturunan.
Bagaimana cara untuk hilangkan resdung?
Ramai diantara kita yang telah mencuba macam-macam cara untuk hilangkan resdung. Contohnya rawatan tradisional resdung yang pakai asap tu. Lepas sedut asap tu habis keluar semua lendir-lendir dekat dalam hidung. Pedih kan? Terseksa betul..








Sebenarnya, ada banyak lagi cara yang lebih moden dan praktikal tanpa perlu mengalami rasa pedih, busuk, dan pengulangan sesi rawatan. Satu cara moden yang ada ialah melalui pembedahan. Haaa.. cara ni memang moden, tapi kos rawatan yang diperlukan agak tinggi... Tak semua orang mampu bukan?

Kalau macam tu? Apa caranya?
Jika tradisional macam saya sebutkan tadi menggunakan kaedak rawatan dari luar, tetapi apa yang saya bakal tunjukkan adalah cara merawat resdung dari dalam.. Melalui langkah rawatan dan pencegahan.

Caranya ialah dengan mengambil makanan yang berzat dan dapat meningkatkan daya tahan penyakit. Contohnya makanan tambahan yang kaya dengan zat penguat sistem imun badan.

Makanan tambahan daripada produk Shaklee seperti Alfalfa, vitamin B complex dan vitamin C adalah antara makanan tambahan yang dapat membantu menguatkan imuniti badan. Set resdung ini bukanlah sejenis ubat, ia adalah makanan tambahan yang dapat membantu meningkatkan kualiti hidup.
"Bila badan cukup zat, ia akan pulih dengan sendiri.."
SET RESDUNG SHAKLEE..

1) VITAMIN C
  • Vitamin C adalah sumber antioksidan yang bagus. Ia memusnahkan radikal bebas yang terdapat dalam tubuh yang menyebabkan kanser
  • Meningkatkan antibodi dan imuniti seseorang
  • Memulihkan sistem metabolisma badan supaya berfungsi dengan baik
  • Mempercepatkan proses menyembuhan tisu tubuh
2) VITAMIN B-COMLPLEX
  • Membantu mengawal stress. Apabila diserang resdung, vitamin B akan bertindak sebagai anti-stress yang dapat menjadi penenang dan mengurang kesakitan di muka
  • Membantu meningkatkan daya tahan penyakit (imuniti) 
  • Kandungan B6 dan B complex berperanan penting dalam memelihara selaput lendir agar kekal sihat
  • membantu membina protein dalam tubuh
3) ALFALFA COMPLEX
  • Kandungan klorofil yang tinggi dalam alfalfa mempunyai manfaat untuk mengurangkan keradangan disebabkan resdung dan penyakit lain seperti eczema, gegata dan allergi
  •  Penghidap SLE tidak digalakkan untuk mengambil Alfalfa kerana tidak sesuai dengan mereka. (mengikut pandangan doktor)
  • Alfalfa dapat dibancuh menjadi minuman atau tukarkan kepada serbuk. Tetapi jangan guna air panas ye.. Nanti rosak segala zat
Jangan berlengah lagi. Cubalah Set Resdung dari Shaklee bagi mengatasi masalah resdung anda. Produk Shaklee adalah halal dan bebas dadah. Resdung akan menjadi semakin parah jika tidak dirawat.
Berapa harga set resdung ni?
Mengikut harga jualan biasa..
Vitamin C = RM92
Vitamin B-complex = RM53
Alfalfa Complex = RM53

Harga satu Set Resdung Shaklee = RM198

TUNGGU DULU!!! NAK DISKAUN???
Ada caranya... Hubungi saya sekarang untuk konsultasi dan harga istimewa

PM Soffi Bizshop di facebook page kami www.facebook.com/Soffibizshop
ATAU
Direct call/SMS kami di 0145313886

Tenkiu,
Soffi Bizshop
Shaklee ID : 1104714
Call/SMS : 0145313886
www.facebook.com/soffibizshop
http://soffibizshop.blogspot.com/

Tuesday 11 February 2014

Punca Lelaki Mandul


Assalamualaikum dan salam sejahtera.....
Haaaaa.... Sambil membelek-belek majalah dekat kedai tadi ternampak tajuk pasal ni... Muncul satu idea nak buat entry pasal ni hari ni...

Seperti yang disebutkan dalam Sukar Hamil - Punca dan Tips Mudah Hamil dulu, 40% masalah tidak subur atau mandul berpunca daripada wanita, 40% adalah berpunca daripada kaum lelaki dan selebihnya adalah berpunca dari kedua-duanya. Satu puncanya adalah penyakit genetik ataupun kelainan dari segi fizikal atau dalaman tubuh badan masing-masing.

Tapi, kadang-kadang lelaki ni tak sedar, benda remeh temeh dan aktiviti yang anda buat tiap-tiap hari kalau tak kena pada gayanya boleh menyebabkan anda MANDUL!!

So untuk lelaki TAKE NOTE ea...
Antara tabiat buruk yang sering dilakukan oleh lelaki yang menyebabkan MANDUL adalah

1) Gaya hidup yang kurang sihat
Menurut info yang terdapat daripada Republika.co.id, ahli urologi , Nur Rasyid mengatakan bahawa gaya hidup yang kurang sihat seperti berendam dalam air panas, memangku laptop ketika bekerja dan memakai seluar ketat boleh menjejaskan kualiti sperma yang dihasilkan dan menyebabkan tahap kesuburan lelaki menurun. Hal ini kerana jika melakukan aktiviti seperti yang disebutkan diatas, suhu testis akan lebih tinggi dari suhu badan anda. Hasilnya, kualiti sperma akan terjejas.

2) Terlalu banyak makan
Bukan wanita sahaja yang akan mengalami masalah kesuburan jika berat badan tidak normal. Lelaki pun akan mengalami masalah yang sama kalau tidak menjaga pemakanan anda. Kalau dah mencapai tahap obesiti, sel-sel tubuh badan anda akan terganggu termasuklah sperma... Jaga-jaga~~

3) Terlalu banyak duduk
Pekerja-pekerja pejabat yang banyak menghabiskan masa dengan duduk menghadap komputer tiap-tiap hari boleh meningkatkan potensi untuk kurang subur. Kenapa? Sebabnya, apabila anda duduk terlampau lama, suhu pada skrotum akan meningkat. Jadi, kuantiti sperma yang akan dihasilkan akan berkurang.

4) Minum alkohol
Untuk yang beragama Islam insyaAllah tidak termasuk dalam list ni. Tapi bagi yang non-Muslim pengambilan alkohol juga jadi salah satu faktor penyumbang anda untuk mandul. Hasil kajian mendapati bahawa sel-sel normal dalam air mani akan berkurang sebanyak 30% bagi seorang yang peminum alkohol.

5) Merokok
Ini adalah masalah yang terbesar yang ada pada lelaki... Rata-rata 1 daripada 10 orang lelaki tidak merokok.. Selebihnya? Anda kiralah sendiri... Banyaknye~~   Kajian di Iran mendapati bahawa lelaki akan terdedah kepada masalah ini apabila terus merokok sejurus bangun dari tidur. Ini akan menjejaskan kualiti sperma yang dihasilkan.

6) Kurang mengambil makanan sihat
Untuk menghasilkan sperma yang sihat, pengambilan makanan yang berkhasiat yang mengandungi zinc, vitamin E dan C serta betakarotin yang cukup mampu untuk meningkatkan kualiti serta kuntiti sperma yang dihasilkan.

Jadi... Suami isteri masing-masing perlu berusaha untuk menggayakan hidup yang sihat. Semoga tip-tips yang disampaikan ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang menginginkan cahaya mata.

Best kan kalau macam ni =)




Tenkiu,
Soffi Bizshop
Shaklee ID : 1104714
Call/SMS : 0145313886
www.facebook.com/soffibizshop
http://soffibizshop.blogspot.com/

Monday 3 February 2014

Sukar Hamil - Punca dan Tips Mudah Hamil


Salah satu perkara yang paling ditakuti dalam sebuah perkahwinan adalah kemandulan atau erti kata lain tidak subur. Setiap pasangan yang sudah berkahwin tetapi masih belum dikurniakan anak, pasti kesunyian tanpa suara anak-anak sebagai penyeri rumah tangga. Bagi lelaki, tidak subur disebabkan oleh tertanggunya sistem pengeluaran sperma, tetapi bagi wanita, masalah ketidaksuburan ini adalah lebih kompleks.

Hampir 1 dalam 10 pasangan menghadapi masalah ketidaksuburan. Pelbagai cara telah dilakukan dan banyak wang telah dhabiskan semata-mata dihabiskan untuk mendapat cahaya mata. Faktor umum bagi seseorang wanita sukar hamil adalah disebabkan oleh gangguan keseimbangan hormon. Gangguan ini mungkin mengganggu dan mengurangkan peluang untuk hamil.Berikut merupakan antara punca yang mungkin menyebabkan wanita sukar untuk hamil.

Gangguan Ovulasi
Kitaran haid yang tidak normal menyebabkan satu masalah walaupun terdapat sedikit perubahan seperti lewat datang bulan. Walaupun keadaan ini kelihatan normal, tetapi masalah ini akan mengganggu proses ovulasi. Dalam kebanyakan kes, hal ini terjadi disebabkan oleh badan tidak boleh menghasilkan hormon pada masa yang tepat.

Gangguan Tiub Fallopio
Hal ini berlaku apabila terjadinya kerosakan pada tiub fallopio yang boleh menghalang pertemuan dan persenyawaan antara sperma dan ovum. Antara sebab lain terjadinya masalah ini kerana terdapat keradangan pada tiub fallopio, pernah mengalami kehamilan luar rahim, parut yang disebabkan oleh pembedahan dan pertumbuhan spontan sel-sel lapisan rahim di luar rahim (endometriosis)

Endometriosis
Berlakunya endometriosis apabila sel-sel yang biasanya berada di ruang rahim tetapi berada di bahagian luar rahim. Seperti tiub fallopio, ovari atau pundi kencing.

Perubahan Uterus atau Serviks 
Jika berlaku keradangan, bekas parut atau tersumbat pada serviks, sperma tidak dapat memasuki ruang rahim. Walaupun terdapat satu fibroid atau ketumbuhan pada rahim, ini akan menjadi punca kepada ketidaksuburan yang berlanjutan.

Kecacatan Sistem Reproduksi
Kecacatan ini digambarkan melalui perubahan dari segi saiz rahim, tiub fallopio ataupun vagina. Tetapi kes sepeti ini jarang berlaku.

Polycystic Ovarian Sindrom (PCOS) 
PCOS terjadi apabila terdapat cyst yang berganda didalam ovari. Gangguan yang kebanyakannya dikaitkan dengan tahap horman lelaki yang tinggi yang telah mengganggu ovulasi.

Sistem Imunisasi Terganggu
Kes seperti jarang berlaku, apabila sistem imunisasi pada badan kita terganggu, badan kita akan memberi isyarat bahawa sperma atau ovum sebagai benda asing. Jadi, badan kita akan mengganggap ia sebagai penceroboh dan menghapuskannya.

Faktor Usia
Semakin umur meningkat, peratusan untuk hamil juga adalah semakin tipis. Ini merupakan faktor utama melibatkan wanita. Tetapi terdapat juga wanita yang melebihi 35 tahun masih mampu untuk hamil dan mendapat cahaya mata yang sihat.

Kehadiran Lendir pada Permukaan Rahim
Lendir pada dinding rahim berfungsi sebagai medium pergerakan bagi sperma untuk bergerak mencari ovum. Tetapi apabila lendir tersebut terlalu pekat, ia akan menyebabkan pergerakan sperma terlampau laju. Jika terlalu berasid, ia akan mematikan sperma tersebut.

Berat Badan yang Tidak Seimbang
Masalah berat badan akan mengganggu kesuburan seseorang wanita. Seorang wanita memerlukan 17% lemak pada awal haid dan 22% lemak sepanjang kitaran haid. Lemak dalam badan mengandung enzim aromatase yang diperlukan untuk mengeluarkan hormon estrogen. Jika lemak tidak cukup atau berlebihan, ini akan memberi masalah dan mengganggu kesuburan anda.

Stress
Gaya hidup masa kini yang sibuk akan memberi tekanan kepada wanita terutamanya yang berkerjaya. Stress akan menganggu waktu ovulasi anda.







"Tetapi masalah sukar hamil bukan berpunca pada wanita sahaja.. Lelaki pun sama"
 Terdapat fakta yang menunjukkan bahawa 40% masalah ketidaksuburan berlaku pada wanita, 40% pada lelaki dan selebihnya pada kedua-duanya. Peratusan yang sama memberi makna bahawa masalh tidak subur juga berlaku pada lelaki.

Proses pembiakan lelaki bermula dari dalam tubuh yang dipanggil pra-testis, seterusnya ke testis (buah zakar) dan kemudiannya ke zakar (pasca testis). Masalah tidak subur ini boleh berlaku dimana-mana sahaja antara ketiga-tiga bahagian ini. Antara masalah bagi lelaki adalah:-

Penyakit berkaitan dengan hipotalamus
Kelainan fizikal yang berlaku pada testis yang menyebabkan testis tidak mampu mengeluarkan sperma yang bagus

Penyakit yang berkaitan dengan kelenjar bawah otak
-hyperprolactinemia (terdapat sedikit tumor yang menyebabkan gangguan pada organ pembiakan)
-hemachromatosis (penyakit keturunan akibat pertumbuhan zat besi yang berlebihan pada rangkaian tubuh)
-lebihan glucocorticoid (akibat penggunaan prednisone)

Kelainan Kromosom
Pesakit yang menghidapi penyakit azoospermic (sperma kurang lincah) dan oligospermia (kekurangan sperma dalam air mani) merupakan golongan yang mempunyai peratusan yang besar untuk mengalami gangguan kromosom

Sindrom Klinefelter
Penyakit genetik berpunca daripada kromosom X yang berlebihan. Masalah ini berlaku pada 1 daripada 500 lelaki.

Myotonic Dystrophy
Lemah pada buah zakar

Sindrom Lemah Testis
Kekurangan testosteron. Ketika lahir, bayi lelaki tersebut mempunyai buah zakar yang tenggelam. Apabila dewasa, penderita sindrom ini akan mengalami ketidakmatangan seksual kerana tiada androgen dalam testis.

Sindrom Sel Sertoli 
Kelainan seperti ketiadaan sel pembentuk embrio.

Gagal buah pinggang
Penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang akan menyebabkan berkurangnya libido. Ini akan mengakibatkan buah zakar menjadi lemah, mati pucuk dan gynecomastia (pembesaran buah dada)


Tabiat buruk yang menyebabkan lelaki mandul. Klik SINI.










Disini dikongsikan beberapa tips untuk cepat hamil. Tips-tips ini telah diuji dan boleh digunakan serta dipertimbangkan:-

Banyak Berdoa
Lengkapkan usaha kita dengan banyak berdoa, agar diberkati dan dimakbulkan oleh-Nya. Manusia hanya mampu merancang, tetapi Allah S.A.W yang menentukan. Kuasa doa amat kuat. Ia penghubung antara kita manusia dan Tuhan. Jadi, yakin dan berdoalah..

Periksa Keadaan Tubuh Badan
Kedua-dua suami isteri perlu melakukan pemeriksaaan kesihatan untuk mengetahui tahap kesuburan anda. Hal ini penting kerana hasil daripada pemeriksaan doktor, setiap pasangan dapat mengetahui keadaan tubuh badan masing-masing jika berlaku kelainan atau halangan pada sistem pembiakan masing-masing. Sekiranya disahkan kedua-duanya sihat, mungkin tips seterusnya dapat membantu anda untuk cepat hamil.

Menggayakan Hidup Sihat
Jika suami anda adalah seorang perokok.. Adalah dinasihatkan supaya menghentikan tabiat merokok. Sama juga dengan mengambilan alkohol. Tabiat minum alkohol dapat mengurangkan hampir 50% peluang untuk hamil. Pastikan berat badan anda sesuai (tidak kurang atau lebih) kerana ia akan menyukarkan proses persenyawaan dan seterusnya menimbulkan masalah jika hamil. Rajinlah bersukan dan mengambil makanan yang berkhasiat.

Mengetahui Waktu Subur Anda
Masa subur boleh dinilai melalui Luteinizing Hormone (LH). Kehadiran hormon ini amat ketara disaat sebelum terjadinya ovulasi (pelepasan sel telur). Kenaikan LH akan menolak sel telur keluar dari ovari ke tiub fallopio. Proses persenyawaan akan berlaku di tiub fallopio. Jadi penting untuk si isteri untuk mengira waktu subur anda supaya peluang untuk hamil tinggi ketika waktu subur.

Gunakan Posisi yang Betul ketika Berhubungan
Ramai pakar berpendapat bahawa kedudukan lelaki di atas saat berhubungan akan memberi peluang yang besar untuk hamil. Dengan meletakkan bantal dibawah pinggul akan lebih berkesan kerana serviks akan mampu menampung lebih banyak sperma. Usahakan supaya selepas ejaulasi, wanita kekal dalam keadaan berbaring selama 10-20 minit kerana dikhuatiri cecair simen akan mengalir keluar dan menyebabkan sperma mati.

Mengambil Supplemen atau Vitamin
Pengambilan vitamin yang mengandungi zat-zat seperti vitamin C boleh meningkatkan kualiti sperma. Vitamin D atau vitamin E dapat meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita. Wanita yang mengambil asid folik mempunyai peluang hamil yang lebih baik berbanding dengan wanita yang tidak mengambilnya. Asid folik ini penting untuk pembentukan otak janin kelak.

Disini disediakan Set Kesuburan Shaklee untuk Suami dan Isteri. Sila klik SINI




Source: http://health.mylaunchpad.com.my , http://ciricara.com , http://www.mommeworld.com

Tenkiu,
Soffi Bizshop
Shaklee ID : 1104714
Call/SMS : 0145313886
www.facebook.com/soffibizshop
http://soffibizshop.blogspot.com/

Vitamin untuk Subur


Dapatkan vitamin kesuburan anda

Assalamualaikum w.b.t.. Kawan-kawan tengah berusaha untuk mendapat cahaya mata? Anak adalah anugerah dan tanggungjawab yang diberi oleh Allah. Anak merupakan permata yang tidak ternilai dalam sebuah perkahwinan. Tidak semua pasangan akan mudah mendapat zuriat. Ada yang menunggu bertahun-tahun untuk mendapatkan zuriat. Bermacam-macam cara digunakan untuk meningkatkan kesuburan samada bagi suami mahupun si isteri. 

"Ala.... takde rezeki lagi la tu~~" Memang senang bercakap tentang rezeki. Tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Siapa yang tidak sunyi kalau tidak ada anak bukan? Tak apa... Masih ada jalan. Ini bukan 'DEAD END' atau jalan mati untuk anda. Banyakkanlah berdoa dan memohon pertolongan dariNya. InsyaAllah.. lambat atau cepat permintaan kita pasti ditunaikan asalkan jangan putus berusaha...

Faktor sukar mendapat cahaya mata

  • Kitaran haid yang tidak menentu
  • Wanita yang mengalami haid terlalu lama dan mengalami senggugut
  • Berat badan yang berlebihan

Punca berlakunya ketidaksuburan

  • Kegagalan berovulasi. Kegagalan fungsi badan untuk menghasilkan telur (ovum) disebabkan oleh ketidakstabilan hormon
  • Terdapat halangan dari ovum dari ovari untuk bergerak ke uterus
  • Penyakit kelamin
  • Penyakit berkaitan pelvik
  • Merokok
  • Pengambilan kafein yang berlebihan
  • Terlalu kurus atau gemuk
  • Faktor usia
Untuk mengetahui punca berlakunya ketidaksuburan dengan lebih mendalam, klik Punca dan Tips untuk Hamil

Entri kali ni Soffi akan mencadangkan vitamin-vitamin yang sesuai untuk kesuburan Shaklee. Jom lihat!!

Mengapa Set Kesuburan Shaklee?

  • Set ini boleh memperbaiki kebolehan seksual lelaki. Juga meningkatkan nafsu seks
  • Membantu mengimbangi hormon wanita
  • Memberi kesihatan sistem reproduktif. Ini penting untuk pembentukan janin ketika hamil
  • Meningkatkan kiraan sperma
  • Memanjangkan jangka hayat sperma apabila dilepaskan
  • Meningkatkan mobiliti sperma dan menghalang sperma dari bergumpal
  • Menambahkan hormon estrogen bagi isteri dan testosterone bagi suami
  • Kehidupan atas katil akan lebih mesra

Bagaimana Set Kesuburan Shaklee Dapat Membantu untuk Hamil?

Set ini mengandungi multivitamin dan multimineral yang berasaskan bahan semulajadi. Menurut kajian Harvard Medical School, tahap kesuburan dapat ditingkatkan dengan mengambil multivitamin dan multimineral. 

Berdasarkan pengalaman dari mereka yang mengalami masalah ni, mereka menyarankan agar suami isteri berjumpa dengan doktor dan menjalankan pemeriksaan untuk mengetahui anda atau pasangan mengalami masalah kesuburan. Hal ini juga disahkan oleh Pakar Oncology Malaysia, Dr. Hamid Arsyad melalui akaun Facebooknya beliau:

Set Kesuburan Shaklee


ESP (Energizing Soy Protein)


  • Protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi dalam pembentukan sel. 
  • Protein adalah makanan asas kepada sel yang sihat akan memudahkan proses persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. 
  • Sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan secara semulajadi dan rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. 

Vita-Lea


  • Mengandungi 28 vitamin dan mineral
  • Membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh luar dan dalam
  • Menjadikan sistem badan berfungsi dengan lengkap

Vitamin C


  • Membekalkan 500mg vitamin C dalam satu tablet. 
  • Vitamin C Shaklee adalah bersifat 'sustained release' yang mana vitamin C akan dilepasan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama didalam tubuh badan. 
  • Vitamin C bertindak sebagai antioksidan sama seperti vitamin E yang menghapuskan radikal bebas dalam tubuh badan
  • Menghalang sperma dari bergumpal
  • Menjadikan salur darah lembut, mengembang dan membantu mengalirkan lebih banyak darah (terutama untuk mereka yang mengalami masalah mati pucuk)

B-Complex


  • Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg) B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). 
  • Mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta risiko kecacatan janin dan tiub neural serta spina bifida (pembentukan tulang belakang tidak sempurna)
  • Bagi suami, B complex penting untuk menjana tenaga
  • Sebagai bahan anti-stress. Suami isteri akan lebih menikmati masa bersama

Alfalfa Complex


  • Mengurangkan berasa 'sakit ketika bersama'
  • Membantu mengatasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teruatur dan senggugut, kegatalan, sakit pinggang tatkala haid dan turut membantu dalam hubungan suami isteri
  • Ada juga sesetengah sumber mengatakan alfalfa boleh membantu dalam masalah PCOS
  • Bertindak seperti kacip fatimah

GLA


  • Gamma Linolenic Acid (GLA) adalah sejenis asid lemak Omega 6. 
  • Menstabilkan hormon dan menjadi haid lebih teratur. Seperti kita sedia maklum, haid yang teratur membolehkan kita untuk mengira waktu subur yang sesuai untuk persenyawaan. 
  • GLA berperanan memastikan cecair mukus didalam serviks mencukupi dimana ia memudahkan pergerakan sperma ke uterus seterusnya ke tiub fallopio dimana ovum dan sperma disenyawakan. Cecair mukus yang berkualiti juga mampu untuk memastikan sperma hidup di dalam tiub fallopio selama 5 hari.
  • Membantu mengecutkan cyst (jika ada)

Zinc Complex


  • Zink digunakan oleh wanita untuk melindungi sperma 
  • Melawan bakteria di dalam vagina. 
  • Meningkatkan kualiti sperma
  • Menambahkan kekuatan dan kepekatan sperma
  • Meransang pembentukan hormon testosterone 


Vitamin E

  • Meningkatkan kualiti sperma
  • Menambahkan kiraan atau bilangan sperma
  • Meningkatkan kesihatan reproduktif lelaki
  • Membantu melahirkan rasa 'bersemangat' bersama pasangan


Suami boleh membuat pemeriksaan untuk mengetahui kualiti dan kuantiti sperma yang dihasilkan itu baik atau tidak. Bagi wanita pula disarankan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan ovari dan ovum. Sekiranya kedua-dua suami isteri sudah mengetahui puncanya, jadi masalah boleh diselesaikan dengan mudah. Anda tidak boleh mengantung kepada mengmbilan multivitamin semata-mata sebagai usaha tunggal untuk mendapatkan anak. Ada beberapa tips yang perlu diamalkan untuk seperti yang  disebutkan dalam entri yang Tips Mudah Hamil

PERINGATAN!!
Vitamin dari Shaklee adalah sebagai salah satu usaha sahaja. Shaklee bukanlah sejenis ubat untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Semua penyakit datangnya dari Allah.. Hanya Allah sahaja mampu menyembuhkan jika diizinkanNya. Kita sebagai manusia hanya mampu berikhtiar dan berdoa kepadanya...

Hubungi saya untuk konsultasi percuma dan harga yang istimewa. Tips ekslusif dan cara pemakanan yang betul akan diberikan kepada mereka yang membeli dengan saya sahaja. Jom kita lihat testimoni-testimoni mereka yang telah berjaya... 








Tenkiu,
Soffi Bizshop
Shaklee ID : 1104714
Call/SMS : 0145313886
www.facebook.com/soffibizshop
http://soffibizshop.blogspot.com/