Tuesday 11 February 2014

Punca Lelaki Mandul


Assalamualaikum dan salam sejahtera.....
Haaaaa.... Sambil membelek-belek majalah dekat kedai tadi ternampak tajuk pasal ni... Muncul satu idea nak buat entry pasal ni hari ni...

Seperti yang disebutkan dalam Sukar Hamil - Punca dan Tips Mudah Hamil dulu, 40% masalah tidak subur atau mandul berpunca daripada wanita, 40% adalah berpunca daripada kaum lelaki dan selebihnya adalah berpunca dari kedua-duanya. Satu puncanya adalah penyakit genetik ataupun kelainan dari segi fizikal atau dalaman tubuh badan masing-masing.

Tapi, kadang-kadang lelaki ni tak sedar, benda remeh temeh dan aktiviti yang anda buat tiap-tiap hari kalau tak kena pada gayanya boleh menyebabkan anda MANDUL!!

So untuk lelaki TAKE NOTE ea...
Antara tabiat buruk yang sering dilakukan oleh lelaki yang menyebabkan MANDUL adalah

1) Gaya hidup yang kurang sihat
Menurut info yang terdapat daripada Republika.co.id, ahli urologi , Nur Rasyid mengatakan bahawa gaya hidup yang kurang sihat seperti berendam dalam air panas, memangku laptop ketika bekerja dan memakai seluar ketat boleh menjejaskan kualiti sperma yang dihasilkan dan menyebabkan tahap kesuburan lelaki menurun. Hal ini kerana jika melakukan aktiviti seperti yang disebutkan diatas, suhu testis akan lebih tinggi dari suhu badan anda. Hasilnya, kualiti sperma akan terjejas.

2) Terlalu banyak makan
Bukan wanita sahaja yang akan mengalami masalah kesuburan jika berat badan tidak normal. Lelaki pun akan mengalami masalah yang sama kalau tidak menjaga pemakanan anda. Kalau dah mencapai tahap obesiti, sel-sel tubuh badan anda akan terganggu termasuklah sperma... Jaga-jaga~~

3) Terlalu banyak duduk
Pekerja-pekerja pejabat yang banyak menghabiskan masa dengan duduk menghadap komputer tiap-tiap hari boleh meningkatkan potensi untuk kurang subur. Kenapa? Sebabnya, apabila anda duduk terlampau lama, suhu pada skrotum akan meningkat. Jadi, kuantiti sperma yang akan dihasilkan akan berkurang.

4) Minum alkohol
Untuk yang beragama Islam insyaAllah tidak termasuk dalam list ni. Tapi bagi yang non-Muslim pengambilan alkohol juga jadi salah satu faktor penyumbang anda untuk mandul. Hasil kajian mendapati bahawa sel-sel normal dalam air mani akan berkurang sebanyak 30% bagi seorang yang peminum alkohol.

5) Merokok
Ini adalah masalah yang terbesar yang ada pada lelaki... Rata-rata 1 daripada 10 orang lelaki tidak merokok.. Selebihnya? Anda kiralah sendiri... Banyaknye~~   Kajian di Iran mendapati bahawa lelaki akan terdedah kepada masalah ini apabila terus merokok sejurus bangun dari tidur. Ini akan menjejaskan kualiti sperma yang dihasilkan.

6) Kurang mengambil makanan sihat
Untuk menghasilkan sperma yang sihat, pengambilan makanan yang berkhasiat yang mengandungi zinc, vitamin E dan C serta betakarotin yang cukup mampu untuk meningkatkan kualiti serta kuntiti sperma yang dihasilkan.

Jadi... Suami isteri masing-masing perlu berusaha untuk menggayakan hidup yang sihat. Semoga tip-tips yang disampaikan ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang menginginkan cahaya mata.

Best kan kalau macam ni =)




Tenkiu,
Soffi Bizshop
Shaklee ID : 1104714
Call/SMS : 0145313886
www.facebook.com/soffibizshop
http://soffibizshop.blogspot.com/

No comments: