Monday 17 February 2014

Resdung - Punca dan Pencegahan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera....

Resdung adalah salah satu penyakit yang sangat memberi masalah kepada rakyat Malaysia. Bercakap mengenai resdung, sebenarnya semua manusia mempunyai masalah resdung. Perkara yang membezakan kita semua adalah tahap resdung yang dihadapi oleh seseorang itu. Ada yang biasa-biasa aje dan ada yang kronik sehingga memerlukan pembedahan. Sebelum meneruskan dengan lebih lanjut, jom kita isi sedikit pengetahuan tentang RESDUNG ini.
"Resdung kalau tidak diatasi boleh membawa maut"


Resdung berlaku apabila terjadinya jangkitan pada rongga hidung sehingga menyebabkan radang pada rongga pernafasan. Keradangan ini akan menghasilkan banyak bendalir dan mukus sehingga mengakibatkan rongga hidung tersumbat. Keadaan ini akan menyebabkan kuman dan bakteria akan menghasilkan nanah dan memenuhi mukus tersebut seterusnya menyebabkan resdung. Sebagai tambahan, resdung juga berpunca dari dari rerambut halus silia di dalam rongga hidung yang gagal melaksanakan tugas untuk melancarkan aliran mukus.

Dalam istilah perubatan, resdung dikenali dengan nama sinusitis. Sinusitis adalah radang yang terjadi pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif. Ramai yang menganggap resdung ini adalah satu perkara yang normal. Tetapi pada hakikatnya, resdung kalau dibiarkan boleh menyebabkan komplikasi sehingga menyebabkan kematian.


Secara kebiasaannya, jika seseorang itu mengidap resdung, mereka akan mudah bersin apabila berada di kawasan yang berhabuk, terutamanya apabila mengemas rumah dan menyapu. Habuk dan debu halus yang masuk kedalam rongga hidung menyebabkan kita akan bersin tanpa henti. Menyusahkan bukan? Simptom-simptom lain yang boleh dilihat adalah seperti:

  • dengkuran yang luar biasa ketika tidur
  • batuk
  • gatal hidung
  • hidung selalu tersumbat
  • lendir pada hidung dan tekak
  • demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
  • cepat letih
  • muka terasa berat dan sakit serta pening pada waktu pagi

Tahukah anda bahawa masalah jerawat juga berpunca dari resdung? Dengan jerawat yang besar-besar bak gunung berapi tu menyebabkan kulit kita hilang serinya. Dengan berlekuk-lekuk disebabkan bekas jerawat yang dulu.

Macam mana resdung ni boleh terjadi?
Sebenarnya, ada banyak faktor yang menyebabkan masalah resdung. Salah satu punyanya ialah apabila kita selalu berada di kawasan yang mengandungi banyak habuk debu halus dalam jangka masa yang lama. Menyelam dalam air yang kotor juga boleh menyumbang kepada masalah resdung.

Alahan juga turut menyumbang kepada masalah ini. Alahan boleh terjadi kepada jenis makanan yang tertentu, parasit dan kutu. Apabila mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak. Setelah daging membengkak, sudah pasti udara yang disedut ketika bernafas sukar untuk keluar. Bila udara tidak dapat keluar, pastinya udara akan berkumpul disitu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan rongga hidung akan semakin membengkak.. Perit bukan?

Resdung juga boleh dikaitkan dengan struktur hidung yang tidak normal, mungkin disebabkan oleh tulang hidung patah atau retak disebabkan kemalangan. Bagi mereka yang mengalami situasi ini, risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.

Komplikasi resdung jika tidak dirawat?
Resdung akan lebih memburukkan keadaan jika tidak dirawat. Antara komplikasi yang bakal dihadapi adalah:-
  • Jangkitan nanah pada kawasan keliliang mata
  • Jangkitan otak (meningitis)
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Memburukkan keadaan lelah
  • Berdengkur yang kronik
  • Jangkitan telinga dan tonsil, terutama kanak-kanak
  • Alahan hidung atau hidung sensitif
  • Selsema yang melarat
Lebih parah lagi kalau resdung itu telah merebak ke bahagian mata. Akibatnya, seseorang itu boleh kehilangan deria penglihatan dan mengjangkiti bahagian otak. Tetapi resdung ini, tidak berjangkit kepada orang lain atau diwarisi dari keturunan.
Bagaimana cara untuk hilangkan resdung?
Ramai diantara kita yang telah mencuba macam-macam cara untuk hilangkan resdung. Contohnya rawatan tradisional resdung yang pakai asap tu. Lepas sedut asap tu habis keluar semua lendir-lendir dekat dalam hidung. Pedih kan? Terseksa betul..








Sebenarnya, ada banyak lagi cara yang lebih moden dan praktikal tanpa perlu mengalami rasa pedih, busuk, dan pengulangan sesi rawatan. Satu cara moden yang ada ialah melalui pembedahan. Haaa.. cara ni memang moden, tapi kos rawatan yang diperlukan agak tinggi... Tak semua orang mampu bukan?

Kalau macam tu? Apa caranya?
Jika tradisional macam saya sebutkan tadi menggunakan kaedak rawatan dari luar, tetapi apa yang saya bakal tunjukkan adalah cara merawat resdung dari dalam.. Melalui langkah rawatan dan pencegahan.

Caranya ialah dengan mengambil makanan yang berzat dan dapat meningkatkan daya tahan penyakit. Contohnya makanan tambahan yang kaya dengan zat penguat sistem imun badan.

Makanan tambahan daripada produk Shaklee seperti Alfalfa, vitamin B complex dan vitamin C adalah antara makanan tambahan yang dapat membantu menguatkan imuniti badan. Set resdung ini bukanlah sejenis ubat, ia adalah makanan tambahan yang dapat membantu meningkatkan kualiti hidup.
"Bila badan cukup zat, ia akan pulih dengan sendiri.."
SET RESDUNG SHAKLEE..

1) VITAMIN C
  • Vitamin C adalah sumber antioksidan yang bagus. Ia memusnahkan radikal bebas yang terdapat dalam tubuh yang menyebabkan kanser
  • Meningkatkan antibodi dan imuniti seseorang
  • Memulihkan sistem metabolisma badan supaya berfungsi dengan baik
  • Mempercepatkan proses menyembuhan tisu tubuh
2) VITAMIN B-COMLPLEX
  • Membantu mengawal stress. Apabila diserang resdung, vitamin B akan bertindak sebagai anti-stress yang dapat menjadi penenang dan mengurang kesakitan di muka
  • Membantu meningkatkan daya tahan penyakit (imuniti) 
  • Kandungan B6 dan B complex berperanan penting dalam memelihara selaput lendir agar kekal sihat
  • membantu membina protein dalam tubuh
3) ALFALFA COMPLEX
  • Kandungan klorofil yang tinggi dalam alfalfa mempunyai manfaat untuk mengurangkan keradangan disebabkan resdung dan penyakit lain seperti eczema, gegata dan allergi
  •  Penghidap SLE tidak digalakkan untuk mengambil Alfalfa kerana tidak sesuai dengan mereka. (mengikut pandangan doktor)
  • Alfalfa dapat dibancuh menjadi minuman atau tukarkan kepada serbuk. Tetapi jangan guna air panas ye.. Nanti rosak segala zat
Jangan berlengah lagi. Cubalah Set Resdung dari Shaklee bagi mengatasi masalah resdung anda. Produk Shaklee adalah halal dan bebas dadah. Resdung akan menjadi semakin parah jika tidak dirawat.
Berapa harga set resdung ni?
Mengikut harga jualan biasa..
Vitamin C = RM92
Vitamin B-complex = RM53
Alfalfa Complex = RM53

Harga satu Set Resdung Shaklee = RM198

TUNGGU DULU!!! NAK DISKAUN???
Ada caranya... Hubungi saya sekarang untuk konsultasi dan harga istimewa

PM Soffi Bizshop di facebook page kami www.facebook.com/Soffibizshop
ATAU
Direct call/SMS kami di 0145313886

Tenkiu,
Soffi Bizshop
Shaklee ID : 1104714
Call/SMS : 0145313886
www.facebook.com/soffibizshop
http://soffibizshop.blogspot.com/

No comments: